Awal bulan depan, kami (saya dan hubby) akan ke satu tempat selama seminggu. Anak-anak akan kami tinggalkan sebab pergi pun atas urusan kerja. Kalau ikutkan hati memang nak bawa tapi inikan urusan kerja, so agak susah la nak bawak diaorang. lagipun, bulan 9 ni memang akan bawak diaorang g melancong jugak.
oleh kerana anak-anak xikut, maka aktiviti mengepam akan menjadi salah satu aktiviti rasmi sepanjang ketiadaan mereka berdua. so, kebuntuan saya ialah bagaimana nak handle EBM tersebut.
jadual penerbangan :
0330 - 0600 : KL --> D
1405 - 1830 : D --> I
then on the way balik pula,
1930 - 2340 : I --> D
2000 - 0850 : D --> KL
Masa pergi macam xde masalah kot sebab boleh sejukkan aje EBM tu. masalahnya bila balik nanti. Transit di 'D' sahaja mengambil masa 20jam. So masa tu, kat mana nak letakkan EBM yang dah diperah sepanjang berada di 'I' ?
Kalau ikut pengiraan, sepanjang seminggu, mungkin akan ada lebih daripada 70 paket EBM yang akan dihasilkan. Ada pengalaman ibu menyusu ni, pam untuk mengekalkan penghasilan susu dan susu yang diperah akan dibuang sebab kesukaran untuk menyimpan dan pelbagai masalah lain. Adakah saya perlu lakukan sebegitu juga?
Apa pendapat anda?
Antara yang bermain di minda saya sekarang ialah :
i) Penggunaan liner untuk simpan EBM mmg menjimatkan ruang. tetapi adakah ianya akan mengekalkan tahap beku sebab kalau ikut pengalaman, guna liner ni dia lagi cepat cair berbanding kalau simpan dalam botol. So, patut guna liner ke botol?
ii) Masa transit tu nanti mana nak simpan EBM tu? ada perkhidmatan ke kat airport untuk kita simpan EBM untuk sementara?
iii) EBM adalah cecair. kalau setakat sepaket dua mungkin tiada masalah. tapi kalau mungkin akan jadi 70++paket, macammane nak explain kat pegawai penguatkuasa especially kastam etc? sebab tau memang susah sgt nak bawak masuk EBM dalam flight. Air masak pun diaorang suruh kita buang. camne ek?
iv) EBM nanti akan disimpan dalam bekas coleman. Bekas tu patutnya bawak as a hand luggage ataupun bawak masuk dalam perut kapal terbang ek?
Aduh, pening sangat sebenarnye. Nak buang tapi sayang. tapi kalau itu yang memudahkan apa nak buat. Kalau ikutkan hati, nak je angkut dua-dua budak kenit kesayangan tu sekali. xdelah pening nak fikir tentang masalah ni. tapi banyak halangannya... ish ish ish, banyak sungguh tapinye...
please mommies and kengkawan, harap sudi bantu jawab persoalan yang berselirat di kepala otak saya ni.
ada masa dalam sebulan lagi before bertolak. dah settle masalah ni, baru leh fokus kat masalah lain plak. nanti nak tinggal budak kenit berdua tu pun perlukan jiwa yang kental dan emosi yang stabil. huhuhu..
terima kasih atas segala pandangan dan pendapat... saya sangat-sangat menghargainya....