Friday, December 16, 2011

Resepi : Seafood Lasagna



Semalam berjaya buat seafood lasagna.. hubby yang teringin nak makan after dia menyantap kat Pizza Hut aritu. Sebagai isteri yang mithali, haruslah kenyangkan perut si suami. Chewaaaahhh....#ada udang sebalik mee ni tau..hehehe..


resepi yang sangat simple je....proses penyediaan lebih kurang antara 15-20minit je...then bakar 30minit..then boleh hidang and makan panas2..yummy!


so for those yang nak try, silakan..

Resepi Seafood Lasagna



Made with love...Hot from the oven :)
Selamat mencuba!
Bahan A
  • 4 keping kulit lasagna 
  • 1 sudu kecil olive oil
  • Air secukupnya
  • Mozarella Cheese secukupnya (Untuk di tabur di atas susunan lasagna nanti)
Cara Membuatnya :
  1. Rebus kulit lasagna sehingga lembut. Masukkan olive oil ke dalam rebusan tersebut supaya tidak melekat.
  2. Angkat dan toskan.


Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 biji bawang putih (optional)- dicincang halus
  • 5 batang crab stik - potong kecil
  • 10 ekor udang - potong kecil
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit oregano, basil / mix herbs
  • garam dan perasa
Cara Membuatnya:
  1. Cairkan/ panaskan butter.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan crab stik. Kacau
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa, kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan oregano dan basil, kacau sekejap dan angkat.


Bahan C (White sauce)
  • 400 ml fresh milk
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan C ke dalam periuk dan kacau sebati menggunakan hand whisker.
  2. Masak adunan sehingga mendidih dan pekat.
  3. Tutup api dan ketepikan.

Cara Menyediakan Lasagna :
  1. Susun 2 keping lasagna di dalam casserole 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
  2. Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya. Ratakan.
  3. Susun lagi 2 keping lasagna diaatas white sauce. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
  4. Curahkan semua baki white sauce dan ratakan.
  5. Taburkan mozarella cheese menutupi white sauce.
  6. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit. Pastikan bahagian atas berwarna coklat dan berbuih2. Sedia untuk dihidangkan bersama chilli sauce atau tabasco atau di makan begitu sahaja.

* kalau xde lasagna, boleh je guna roti sandwich (buang bahagian tepi roti)
* untuk bahan B, boleh je kalau nak tambah button mushroom, sotong, ayam - tapi sila pastikan potong kecil-kecil
* if xde mozarella, boleh guna parmessan atau cheddar atau kombinasi apa-apa keju pun.
* if masa bakar, bahagian atas xcoklat lagi, sila tambahkan masa pembakaran - maybe dalam 5-10minit.
* sila buat effect cheese meleleh di bahagian tepi kerana ia akan membuatkan anda lebih terliur :p

3 comments:

Amiizaa2001 said...

sedapnyaaaaaaa.....ali kalaou akak masak lasagna mesti dia ckp...ini peberet food garfield hehehehe

Siti said...

Akak pandai masak...untung anak-anak akak tau :)

Anonymous said...

Alhamdulillah... Dah try. Buat seloyang 8x8 terus pasal takda acuan yg lebih kecik.. Simple, dan rasanya best!!! Puas hati .. TQ sebab share resipi. ;)
-Anum

Nuffnang Ads

 

Blog designed by Kraftypalette