Monday, March 5, 2012

[baby & kids recipe] : Prawn Creamy Pasta

Ye, saya memang rajin :p tapi saya juga nak merajinkan anda semua :) so, saya share lagi resepi yang saya buat semalam tuk both kids. bukan both kids je yang makan, he whole family pun makan jugak. sehingga menjilat jari. yummy.

resepi kali ni untuk dinner. for those yang xmau makan nasi, boleh la makan pasta juga. tapi semalam saya buat pasta + roasted chicken. cuma roasted chicken saya terlebih masak and x berapa moist. nanti dah berjaya buat, saya share resepi ye.

Pasta boleh introduce kat baby pada umur 8bulan ke atas. maybe pada umur tu kena potong kecik-kecik atau lenyekkan bagi memudahkan penghadaman. kalau baby yang dah besar sket boleh la bagi seketul-ketul supaya diaorang boleh melatih proses kunyahan tu. since my baby dah 1y+ and si abang pun dah 2y+, so haruslah xde pasta yang diblend-blend.

As for udang, boleh intro seawal 10bulan kot. Saya xintro seawal tu pun..hehehe...sebab saya memang ada allergic pada udang tapi ikut keadaan..kalau udang x dibasuh bersih atau x fresh, habislah bengkak bibirku yang mungil tu.hahaha.. so saya intro udang ada humaira di kala umurnya 12bulan. and of course ada 4days rule. and of course juga udang haruslah fresh dan dibasuh bersih.

resepi kali ni guna cheese.. so pada baby/toddler yang ada alah, harap elakkan guna cheese. if baby yang x diperkenalkan lagi dengan cheese ini, maka sila buat 4days rule ye. sila jangan culas sebab nanti kesian pada baby.

eh, panjang sungguh mukadimah. kata nak share resepi ye tak.. ni nak share ke tidak ni..hehehe....

Resepi Prawn Creamy Pasta

Bahan-bahan :
Pasta (saya guna spiral pasta - warna warni bagi menghairahkan anak saya melihat makanan tersebut. ye, makanan yang berwarna warni akan membangkitkan selera anak anda :)

Udang (dicincang), Cheese (boleh guna parmessan/ cheddar), daun ketumbar, rempah oregano, black pepper (jangan letak if baby xmakan ye), fresh milk/EBM, bahan perasa (tuk toddler/adult)

Cara-cara :
1, Rebuskan pasta pilihan anda. Toskan. Gaul dengan olive oil. Ketepikan.
2. Sedikit olive oil, masukkan bawang putih, daun ketumbar. Goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan udang yang telah dicincang dan goreng sehingga masak.
4. Masukkan susu, cheese, oregano, black pepper, bahan perasa. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan pasta yang telah direbus tadi and gaulkan. Tutup api.
6. Sedia untuk dihidang. Letak daun ketumbar atas hidangan sebagai hiasan.

Inilah hasil air tangan saya yang membuatkan haikal and humaira senyum sehingga ke telinga dan burppppppppp kekenyangan :D

0 comments:

Nuffnang Ads

 

Blog designed by Kraftypalette